Wednesday, December 21, 2011

Are you TOUGH enough to be NURSE???

Assalamualaikum Rakan2 sekalian...
Maaf kira sudah lama tidak mengupdate blog ni. Maaf sepatutnya saya tidak memberi alasan kepada semua. tapi ...biar lah...

                Baiklah untuk entri kali ini merupakan beberapa persoalan yang bagi saya amat berat untuk sy tujukan kepada kamu semua Mahasiswa Kejurawatan. Adakah anda benar2 sedia untuk menjadi seorang Jururawat? Adakah anda terpaksa untuk mengambil bidang ini? Tak ada pilihan  lain kerana keputusan peperiksaan yang rendah menyebabkan hanya Bidang Kejururawatan sahaja yang layak? Desakan Ibu Bapa?

                Adakah jawapan anda begini:
  1. Ya, memang ini cita2 sy!!!
  2. Terpaksa Bro!!!
  3. Nak buat macam mana da nasib...("-)
  4. Saya dengan Jururawat memang tidak boleh dipisahkan...
  5. Jururawat adalah masa depan yang cerah kerana ada banyak kekosongan dan gaji yang lumayan...

              Walaupun apa jua jawapan anda, saya nak tujukan satu lagi soalan cepumas..ADAKAH ANDA NAK MENJADI SEORANG JURURAWAT...??? Jika Ya jawapan anda BAGUS dan TAHNIAH Selamat Datang ke Keluarga Jururawat...Jika jawapannya TIDAK...apa tindakan anda...??? Sesetengah IPTA dan IPTS membenarkan anda menukar jurusan jika mencapai target pointer atau CGPA yg tertentu. Apa lagi belajar pulun2 dan tukarlah jurusan yang anda minat. Jika anda betul2 tidak minat belajar sungguh2 untuk lari dari profession ni. Supaya jangan buatkan sikap anda itu akan merubah persepsi orang lain terhadap Jururawat dan apabila anda sudah berjaya menukar jurusan jangan anda sesekali berkata buruk kepada kareer kejururawatan. Mungkin ada sesetengah orang akan berkata..."U sy mana bleh tukar jurusan"..."Bro kalau nk tukar pun banyak kena bayar"..."Mak dan abah sy tak bagi tukar"...OLEH ITU, jka ini kata2 anda maka anda adalah yang saya cari...!!!

              Satu sahaja yang perlu saya katakan pada Anda Insan yang terpilih. Satu perkara yang membuatkan Sultan Muhammad Al Fateh dapat menakluk Konstantinopole...Ianya adalah:


"BE POSITIVE"

Sahabat2 walaupun apa jua keadaannya anda kena untuk menukar "mind setting" anda. Tidak guna jika anda hanya duduk dan pasrah serta membiarkan masa berlalu tanpa berbuat apa2. Salah satu cara adalah, katakan diri anda:

"SAYA ADALAH SEORANG JURURAWAT DAN SAYA BANGGA MENJADI JURURAWAT!!!"

Perkataan ni hendaklah anda taip tapi lebih afdhalnya tulis besar dan buat salinan banyak2. Letak ditempat selalu anda pergi. Depan cermin, Almari, meja study, dompet, motor/kereta, jadikan "wall paper" "handphone" dan "laptop". Tiap2 kali terpandang kat kertas tu baca sekuat2 di dlm hati anda bahawa anda adalah insan2 yg terpilih untuk menjadi seorang jururawat. Biarlah apa orang nak cakap, peduli apa orang nk cemuh dan jgn heran pada apa yang berlaku akan datang..Yang penting jadikan langkah bergaya anda untuk menjadi seorang yang merawat.

              Setiap kali orang bertanya.."adik amik jurusan apa?"..Jawapanlah dengan penuh bangga.."Saya Adalah seorang JURURAWAT". Nampak seperti kita ego, riak dan takabur tapi percayalah inilah cara untuk motivasikan diri. Bermula dari saat ini biarlah apa yang sudah berlalu, mula kan langkah baru bahawa saya adalah Orang yang baru. Jadikan amalan2 jururawat sebagai rutin (biasakan diri),tambah ilmu2 biar melebihi doktor pun tak pe..bacalah buku2 ilmiah..buku2 motivasi..Insya Allah akan berjaya.

LANGKAH YANG TERAKHIR...:

               Bagi yang beragama Islam, JANGAN lupa letakkan sepenuh-penuh harapan kepada Allah. Bangun solat tahajud. Banyakkan baca AlQuran. Doa amat mustahak. Kita ni sedang berjuang sahabat2. Berjuangan untuk menjadikan kualiti hidup manusia menjadi lebih baik. JANGAN sesekali putus harapan kita kepada Allah. Buat baik sesama manusia. Ibu Bapa dipelihara sebaik-baiknya. Akhirnya INYSA ALLAH saya yakin kita akan melangkah bersama2 untuk merubah segala2 dalam hidup kita...AMIN..

"SAYA ADALAH SEORANG JURURAWAT"

"TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DAN BERSAMA-SAMA KITA MERUBAH DUNIA"

1 comment:

  1. setuju dgn post di atas!!(",) teruskan usaha..

    ReplyDelete