Thursday, February 2, 2012

Alangkah Indahnya Menjadi Jururawat...

            Alhamdulillah kita sudah berada ditahun baru. Tahun 2012. Tahun Hijrah 1433. Tahun Kalendar Cina Tahun Naga Air. Moga-moga kita sudah tanam azam baru untuk mencapai yang lebih dari tahun lepas. Maaf tak dapat nak mendisiplinkan diri untuk mengerapkan diri dalam bidang penulisan ni. Saya tertarik melihat satu video di Youtube. Video ni video kanak-kanak di bawah produksi  طيور الجنة (tuyur Jannah) bermaksud burung-burung syurga. Video ni menarik hati saya tentang Indahnya kerja sebagai seorang jururawat. Ya satu tahu ada dalam kalangan jururawat yang bekerja sekarang berasa mengeluh, berat dan susah. Tapi Insya Allah, ANDA lah yang terbaik kerana berkhidmat dengan hati yang rela.



             Khas Buat Jururawat-jururawat semua. Anda adalah idola saya, membuatkan saya lebih bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat walaupun saya sering dimomokkan dengan kesusahan menjadi seorang jururawat. Berkat hasil usaha kamu semua saya selamat dilahirkan ke dunia dan menjadi seorang pelajar. Berjuanglah dan terus memberi layanan yang terbaik walaupun pahit yang ditelan. Saya Tahu anda adalah yang terbaik. ~Berkhidmat dari Hati untuk pesakit kita~


Saya Sayang Semua Jururawat!!!