Wednesday, October 26, 2011

Agen Penyampai Kasih Sayang

                          Jururawat sebagai agen penyampai kasih sayang??? Jika persoalan ini ditanya kepada saya. Maka saya akan menjawab begini...Insya Allah kami adalah penyebar kasih sayang. Kasih sayang adalah sesuatu yang sinonim kepada seorang jururuawat. Mengapa? Sebab tanggungjawab seorang Jururawat adalah lebih kepada penjagaan. Doctor are curing the patient but Nurse are caring the patient. Bial mana seseorang pesakit itu dimasukkan kedalam wad, maka adalah menjadi tanggungjawab seorang jururawat untuk mejaga pesakit tersebut sehingga sihat aaupun hingga hembusan yang terakhir (peacefull death).

                        Itu adalah hujah saya. Untuk mengaitkan pendapat saya dengan apa yang saya belajar, apabila seorang pesakit dimasukkan kedalam wad. Tanggungajawab atau tugas seorang Nurse adalah untuk memenuhi keperluan asas atau basic need. Menurut Maslow's Hierarchy, keperluan@needs boleh dibahagikan kepada 5peringkat atau level:

  1. Physiological Needs- adalah keperluan yang paling asas. Jika keprluan ini tidak dipenuhi, maka seseorang itu boleh menjurus kepada kematian. Contohnya : Makanan, minuman, udara,dll
  2.  Security Needs- keperluan untuk berasa selamat, jauh dari ancaman, mengelakkan dari mendapat kesakitan.
  3. Social Needs- keperluan untuk merasa diperlukan, perasaan untuk menyayang dan disayangi
  4. Esteem Needs- keperluaan untuk berasa dihormati dan untuk mendapatkan keyakinan.
  5. Self Actualization- keperluan untuk mencapai kesempurnaan hidup.
                      Selain itu, sebagai Jururawat Muslim kita juga menyediakan atau memenuhi keperluan pesakit untuk mengadap maha pencipta. Kita perlu mengingatkan mereka untuk tidak meninggalkan solat dan perbanyakkan zikir serta selawat. Kesakitan adalah satu medium untuk Allah menghapuskan dosa. Maka sebagai seorang Jururawat perlu memberi mereka semangat untuk terus berjuang untuk hidup...

                      Satu lagi sebab  Jururawat sebagai agen penyampai kasih sayang adalah tanggungjawab mereka dalam wad. Jururawat bertugas tanpa ada diskriminasi dan keluh. Membuat tugas tanpa memikirkan jijik, penat dan berbaunya sesuatu itu. Lebih melebihi cara anak menjaga ibunya. Terlalu lembut dengan kasih sayang dan terlalu cermat bagai menatang minyak yang penuh. Begitu murninya profession ini hingga seseorang itu perlu menyediakan persiapan mental dan fizikal untuk terjun kemedan ini. Ya Allah kau permudahkanlah Tugas seorang jururawat adalh mereka tetap tabah untuk meneruskan perjuangan mereka.


JURURAWAT KASIH SAYANG

Tuesday, October 25, 2011

Kami Generasi Ke-8 (8th Generation)


BACHELOR OF NURSING (HONOURS)
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
KUANTAN CAMPUS
8TH BATCH

  • MOHAMAD MAZLAN BIN RAZALI
  • MUHAMAD KHAIRI BIN SHAHARUDDIN
  • AHMADI FATHI BIN MUHAMAD SHAHRI
  • AMER MUTTAQIN B ZULKARNAIN
  • MUHAMMAD NUR AIZUDDIN BIN NORAFANDI
  • HAZIM BIN AB WAHID
  • AHMAD AFIQ IKHWAN BIN WAMZAH
  • SYAHMI SYAZERIL BIN AZMI
  • MOHAMAD ZULHELMI BIN NOOR HAZLAN
  • HAIRIL FAHMI BIN MD YUSOF
  • SUFI BIN MD NAWI
  • MOHD TAUFIK BIN JAMAIN
  • MUHAMMAD SHAZWAN BIN AZMAN

"TOGETHER WE MAKE THE WORLD A BETTER PLACE"

Monday, October 24, 2011

Let's Have A kick Start!!!

                       Assalamualaikum Semua...Perkenalkan saya Muhammad Khairi Bin Shaharuddin. Seorang Mahasiswa Kejururawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berasal dari Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Mempunyai 5 orang adik beradik termasuk saya. Saya anak kedua dan juga anak Sulung lelaki. Mempunyai seorang kakak dan 3 orang adik lelaki.

                      Blog ini sebenarnya telah lama tercipta dan diilhamkan. Cuma masa untuk menulis agak kurang dek kerana kekangan masa. Almaklumlah kehidupan sebagai seorang pelajar sedikit sebanyak menyibukkan diri yang tak berapa sibuk. Maaf semua...Insya Allah terciptanya blog ini mungkin sedikit sebanyak dapat saya kongsikan kehidupan menjadi BAKAL JURURAWAT LELAKI (Male Nurse To Be).

                      Segala input yang akan saya kongsikan ini bertujuan untuk memberi semangat kepada bakal-bakal jururawat lelaki atau kepada jururawat lelaki. Sesetengah orang mungkin akan mengatakan perkara ini adalah sesuatu yang MEREPEK. Tetapi percayalah KITA AKAN MERUBAH DUNIA. Mungkin ada input yang anda tidak bersetuju dengan saya maka kongsikan bersama saya agar kita dapat memperbaiki diri kita. Akhir Kata SELAMAT MEMBACA SEMUA!!!


GETTING TOWARD HIGHER RANKING OF NURSING